ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999

BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB 2 ORANG TAK BERKEUPAYAAN



Seksyen 30. Defendan belum dewasa mencapai umur dewasa.

Jika seorang defendan belum dewasa mencapai umur dewasa semasa prosiding belum selesai, sama ada dia atau penjaga ad litemnya boleh memfailkan afidavit bagi membuktikan kedewasaan itu dan sesudah itu tajuk prosiding itu hendaklah dipinda, dan penjaga ad litem hendaklah dilepaskan, tertakluk kepada apa-apa soal mengenai kos yang disebabkan oleh kecuaian atau salahlaku penjaga itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.