ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
ACARA DALAM PEMBICARAAN MAL



Seksyen 100. Pembicaraan sambilan.

Mahkamah boleh atas permintaan mana-mana pihak membuat perintah-perintah sementara dengan tujuan menyelamatkan harta yang menjadi soal atau menjaga hak-hak mana-mana pihak, sebelum pembicaraan atau memudahkan pembicaraan itu dan boleh membenarkan pindaan kepada mana-mana pembicaraan atau pembetulan mana-mana kekhilapan dengan syarat-syarat yang patut. Permintaan yang demikian boleh dibuat dengan lisan tetapi mana-mana pihak yang tersentuh nescaya hendaklah diberi peluang supaya didengar mengenainya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.