ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
WARAN TANGKAP



Seksyen 33. Waran kepada siapa diarahkan.


(1) Satu waran tangkap hendaklah biasanya diarahkan kepada Penyelia Ugama dan lain-lain pegawai dan mana-mana pegawai boleh melaksanakan waran tersebut di mana-mana tempat dalam negeri.

(2) Mahkamah yang mengeluarkan waran bolehlah mengarahkannya kepada Ketua Polis Negeri dan lain-lain pegawai polis dalam Negeri atau mana-mana orang atau orang-orang yang dinamakan yang bukan Penyelia Ugama atau pegawai polis dan semua atau mana-mana satu orang atau lebih pegawai polis atau orang yang tersebut itu boleh melaksanakan waran tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.