ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafisran.

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Lembaga itu" ertinya Lembaga Pengurusan yang ditubuhkan di bawah seksyen 5 Enakmen ini;

"Lembaga Penasihat" ertinya satu badan yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja yang dinamakan "Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam";

"Majlis" ertinya Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1977 bagi negeri Sabah;

"Nazir Sekolah Agama Islam" ertinya Nazir yang dilantik di bawah seksyen 17 Enakmen ini;

"Pendaftar" ertinya Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 3 Enakmen ini dan termasuk Timbalan-timbalan Pendaftar;

"Sekolah Agama Islam" ertinya mana-mana Sekolah Agama Islam di negeri Sabah atau mana-mana tempat termasuk masjid, madrasah, surau, pusat agama Islam, balai-balai, pondok dan tadika di mana dua puluh atau lebih daripada dua puluh orang telah didaftarkan untuk belajar atau diajar tentang apa-apa matapelajaran termasuk matapelajaran yang berkaitan dengan agama Islam, tetapi tidak termasuk mana-mana sekolah agama Islam di bawah kawalan Kementerian Pendidikan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.