ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979


JADUAL KEDUA
(Seksyen)

Kelas-kelas Saksi
Mahkamah Kadi
Ruang I
Sehari
Mahkamah Rayuan
Ruang II
Sehari

(1) Buruh, tukang pedati pembawa notis, pembantu rumah, penjaja, kelasi, petani, pekebun dan lain-lain pekerjaan yang sama.

$3.00
$5.00
(2) (i) Tuan tanah, pemajak atau penyewa, selain dari yang tersebut di (1) di atas;
    (ii) Pelombong dan pemajak, kerani, pekedai dan peniaga kecil dan artisan;

    (iii) Pegawai (selain daripada pegawai-pegawai bertauliah) di dalam Angkatan Bersenjata yang bergaji penuh.
4.00


4.00


4.00
7.50


7.50


7.50
(3) Saudagar, peniaga, pekedai pelombong, tuan tanah atau pemajak yang besar.

5.00 ke 12.00
10.00 ke 25.00
(4) (i) Doktor, pegawai bank, jurutera, juruukur, jurubina, jurukira dan lain-lain orang profesyional dan pembantu kanan dalam rumah-rumah perdagangan besar;
    (ii) Pegawai-pegawai bertauliah di dalam Angkatan Bersenjata yang mendapat gaji penuh.
5.00 ke 12.00



5.00 ke 12.00
10.00 ke 23.00



10.00 ke 23.00
(5) Wanita-wanita lain yang tidak termasuk di dalam kelas-kelas (1) hingga (4) di atas.
3.00 ke 7.00
10.00 ke 23.00

NOTA:

(a) Sekiranya seseorang saksi itu perlu menginap di tempat selain daripada tempat kediamannya beliau boleh menuntut elaun penginapan dan saraan mengikut budi bicara Mahkamh.

(b) Dalam menentukan jumlah yang patut dibayar kepada seseorang saksi di dalam ruangan di atas, Mahkamah hendaklah menentukan berapa lama seorang saksi itu sebenarnya perlu berada di luar tempat pekerjaan biasanya.

(c) Suatu perjalanan di antara dua tempat hendaklah dilakukan dengan mengambil jalan pendek atau yang murah. Jika sesuatu tempat itu ada perkhidmatan keretapi. Maka perkhidmatan keretapi itu hendaklah digunakan. Peruntukan ini hendaklah juga dipakai bagi seseorang saksi kakitangan Kerajaan.

(d) Seorang saksi profesyional boleh dibayar lebih dari apa yang ditentukan di atas dengan syarat beliau mendapat satu perakuan dari Mahkamah bahawa keterangannya adalah luar biasa.

(e) Mahkamah boleh juga menentukan elaun mana-mana saksi yang tidak termasuk dalam gulungan yang tersebut di atas mengikut budibicaranya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.