ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 5 - PERUNTUKAN MENGENAI BON



Seksyen 199. Prosedur mengenai perlucuthakan bon.

(1) Apabila sahaja-
bahawa bon itu telah dilucuthak, Mahkamah hendaklah merekodkan alasan-alasan bukti itu dan boleh memanggil mana-mana orang yang terikat dengan bon itu untuk membayar penalti itu, atau menunjuk sebab mengapa ia tidak sepatutnya dibayar.

(2) Jika sebab yang mencukupi tidak ditunjuk atau penalti tersebut tidak dibayar, orang yang terikat itu boleh dikenakan, dengan perintah Mahkarnah yang rnengeluarkan waran, pemenjaraan di penjara sivil untuk suatu tempoh selama enam bulan.

(3) Mahkamah boleh, mengikut budibicaranya, meremitkan mana-mana bahagian daripada penalti yang disebutkan itu, dan menguatkuasakan bayaran untuk sebahagian sahaja.

(4) Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh disifat sebagai menghalang penalti, atau mana-mana bahagian daripadanya, mana-mana bon di bawah Enakmen ini daripada didapati kembali di bawah peruntukan undang-undang berkaitan dengan prosedur sivil yang berkuatkuasa buat masa ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.