ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 93. Pemeriksaan balas orang yang dipanggil untuk mengemukakan sesuatu dokumen.

Seseorang yang disaman supaya mengemukakan sesuatu dokumen tidaklah menjadi seorang saksi semata-mata oleh sebab dia mengemukakan dokumen itu, dan dia tidak boleh diperiksa balas melainkan dan sehingga dia dipanggil sebagai seorang saksi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.