ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001
BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
Seksyen 139. Penghantaran rekod rayuan.
Apabila perayu telah mematuhi seksyen
138,
Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat hendaklah menghantar kepada Mahkamah Tinggi Syariah dan kepada Ketua Pendakwa Syarie dan kepada perayu atau Peguam Syarienya suatu salinan bertandatangan bagi rekod prosiding dan alasan keputusan bersama dengan suatu salinan notis dan petisyen rayuan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.