ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN III - PERCERAIAN



Seksyen 36. Perceraian tebus talak.

(1) Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talak dengan kerelaannya sendiri, tetapi pihak-pihak itu bersetuju bercerai dengan tebus talak, Mahkamah hendaklah, selepas jumlah bayaran tebus talak dipersetujui oleh pihak-pihak itu, menasihatkan suami itu melafazkan perceraian dengan tebus talak mengikut Hukum Syarak dan perceraian itu adalah ba-in-sughra atau tak boleh dirujukkan. Mahkamah hendaklah merekodkan cerai tebus talak itu dengan sewajarnya dan menghantarkan satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

(2) Jika jumlah bayaran tebus talak tidak dipersetujui oleh pihak-pihak itu, Mahkamah boleh mentaksirkan jumlah itu mengikut taraf dan kemampuan pihak-pihak itu mengikut Hukum Syarak.

(3) Jika suami tidak bersetuju bercerai dengan tebus talak atau jika suami tidak hadir di hadapan Mahkamah sebagaimana diarahkan atau jika Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi satu perdamaian, Mahkamah hendaklah melantik satu Jawatankuasa Pendamai sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 35 dan peruntukan-peruntukan subseksyen (3) hingga (10) seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya:




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.