Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M

BAHAGIAN III



Seksyen 11. Akibat Al-li'an.

Apabila suatu pasangan suami isteri melakukan al-li'an untuk menyelesaikan tuduhan zina di antara mereka berdua, maka suaminya tidaklah bersalah melakukan qazaf dan isterinya tidaklah pula bersalah zina; dan kedua-duanya terlepas bagi hukuman bagi kesalahan tersebut; tetapi perkahwinan mereka dengan secara sendirinya dan dengan serta merta menjadi bubar, dan Hakim hendaklah menceraikan mereka, dan pasangan itu selama-lamanya tidak lagi boleh berkahwin semula jika selepas itu mereka melakukan persetubuhan, maka perbuatan itu adalah haram dan persetubuhan itu adalah zina.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.