ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
Bab XIX - TINDAKAN MENGENAI BEBERAPA KESALAHAN BERKENAAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 163. Keengganan memberi keterangan.

Jika mana-mana saksi di hadapan Mahkamah Kadi enggan menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya atau enggan menunjukkan mana-mana dokumen di dalam milik atau kuasanya yang dia telah diminta oleh Mahkamah menunjukkannya dan tidak memberi alasan yang munasabah bagi keengganannya, Mahkamah itu boleh, atas sebab-sebab yang dicatat dengan bertulis menghukumnya dengan hukuman penjara tidak lebih daripada tujuh hari, melainkan jika dalam masa itu dia bersetuju untuk disoal dan menjawab soalan itu atau menunjukkan dokumen itu. Jika dia terus enggan dia boleh diuruskan mengikut peruntukan seksyen 159 atau seksyen 161 dengan tidak menghiraukan apa-apa hukuman yang mungkin dikenakan di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.