ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN XXI - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN



Seksyen 166. Cara merampas.

(1) Mana-mana harta yang boleh ditahan sebelum penghakiman hendakah dirampas mengikut aturcara yang diperuntukan untuk rampasan dan penjualan di bawah Bahagian XIX.

(2) Jika mana-mana harta telah ditahan di bawah subseksyen (1) ia tidak perlu dirampas tetapi hendaklah disifatkan sebagai telah dirampas dalam perlaksanaan mengikut perintah perlaksanaan yang diserah pada pukul 4.00 petang pada hari di mana penghakiman ke atasnya dibuat, dan boleh dijual sewajarnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.