ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXII - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN, WARAN TANGKAP, DLL



Seksyen 170. Tangkapan penghutang penghakiman.

(1) Permohonan untuk perintah tangkap hendaklah dibuat dalam kamar dan boleh dibuat secara ex-parte kecuali Mahkamah memerintah sebaliknya.

(2) Semua keterangan untuk menyokong mana-mana permohonan di bawah seksyen ini hendaklah melalui afidavit dan salinan-salinan afidavit itu hendaklah diserahkan kepada bailif bersama dengan perintah tangkap dan hendaklah disampaikan kepada defendan bersama dengan perintah itu.

(3) Suatu perintah tangkap hendaklah seperti dalam Borang 26 tetapi tidak boleh dilaksanakan sehingga plaintif telah membuat deposit dengan bailif.

(4) Tiap-tiap perintah itu hendaklah diendorskan dengan alamat penyampaian pemiutang penghakiman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.