ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Pihak Berkuasa Dalam Hal Ehwal Agama.



Seksyen 23. Bertindak dalam perkara tergempar.

(1) Dalam perkara tergempar, Pengerusi boleh membuat atau mengarahkan dibuat bagi pihak Majlis apa-apa perbuatan atau perkara yang agak sah boleh dibuat dengan ketetapan Majlis.

(2) Jika sesuatu perbuatan atau perkara itu dibuat mengikut subseksyen (1) suatu mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dalam tempoh seminggu selepas itu bagi maksud mengesahkan dan memperakui perbuatan atau perkara yang dibuat dan jika Majlis enggan mengesahkan dan memperakui perbuatan atau perkara yang dibuat itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh memberi perintah diatas perkara itu sebagaimana difikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.