ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 19. Minit.

(1) Setiausaha hendaklah menyimpan minit segala mesyuarat Majlis dan pada tiap-tiap mesyuarat, minit mesyuarat yang lalu hendaklah disahkan, tertakluk kepada apa-apa pindaan yang dibuat.

(2) Kecuali diarahkan sebaliknya oleh Majlis dalam kes-kes tertentu, minit hendaklah dalam bentuk ringkas dan mengandungi keputusan dan perkara yang mustahak.

(3) Dengan seberapa segera selepas tiap-tiap mesyuarat Majlis, satu salinan minit hendaklah disembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar dan dihantar kepada semua ahli Majlis.

(4) Mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dengan sebegitu kerap iaitu tidak melebihi tiga bulan berselang antara satu mesyuarat dengan yang lain.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.