ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
Bab III - NYATAAN-NYATAAN YANG TIDAK PERLU DIBUKTIKAN



Seksyen 45. Nyataan-nyataan yang diakui tidak perlu dibuktikan.

(1) Tertakluk kepada seksyen 17 (2) tidaklah perlu dibuktikan dalam mana-mana pembicaraan apa jua nyataan yang pihak atau wakil mereka dalam pembicaraan itu bersetuju hendak mengaku apabila diadakan pembicaraan itu atau yang sebelum diadakan pembicaraan itu, mereka bersetuju hendak mengaku dengan sesuatu surat yang ditandatangani oleh mereka, atau yang menurut sesuatu kaedah guaman yang berkuatkuasa pada masa itu mereka adalah disifatkan telah mengaku melalui surat guaman mereka.

(2) Mahkamah boleh, menurut budibicaranya, menghendaki supaya nyataan yang diakui itu dibuktikan dengan jalan lain daripada pengakuan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.