ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - BENTUK TINDAKAN



Seksyen 5. Tajuk dan nota kaki.

(1) Tiap-tiap tindakan atau dokumen hendaklah mempunyai tajuk seperti di dalam Borang 1 yang ditetapkan.

(2) Tiap-tiap dokumen yang difailkan di Mahkamah, kecuali wakalah perlantikan, penukaran atau pelepasan peguam syarie, dan tiap-tiap notis yang disampaikan di dalam mana-mana tindakan hendaklah mempunyai nota kaki yang mengandungi butir pihak atau orang oleh atau bagi pihak siapa ianya difailkan dan hendaklah menyatakan alamatnya untuk penyampaian seperti diperuntukkan selepas ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.