ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN



Seksyen 155. Penjara.

(1) Di dalam seksyen ini "penghutang penghakiman" termasuk seorang garnisi yang terhadapnya suatu perintah telah dibuat melalui saman garnishmen.

(2) Jika seorang penghutang penghakiman didapati bersalah kerana menghina Mahkamah di bawah peruntukan Bahagian ini atau dengan sengaja enggan atau cuai mematuhi mana-mana perintah Mahkamah yang mengarahkannya membuat atau jangan membuat sesuatu perbuatan, pemiutang penghakiman boleh menyerah kepada Pendaftar dan Pendaftar boleh memeteri, menandatangani dan mengeluarkan suatu notis hukuman dalam Borang 18 yang ditetapkan yang mengarahkan si berhutang-hukuman supaya menunjukkan sebab mengapa ia tidak patut dipenjarakan. Saman yang demikian hendaklah menyatakan alasan permohonan itu dan hendaklah diserah kepada diri penghutang penghakiman sekurang-kurangnya dua hari genap sebelum prosiding itu, Pendaftar boleh dengan budibicaranya menghendaki alasan permohonan itu dibuktikan dengan afidavit.

(3) Mahkamah semasa membicara saman tersebut boleh mendapat keterangan yang ia fikir patut dan boleh memerintah penghutang penghakiman ke penjara sivil atau boleh mengenakannya syarat-syarat yang tertentu atau menerima darinya akujanji yang Mahkamah fikir patut.

(4) Hukuman penjara di bawah seksyen ini tidak boleh ditakrifkan sebagai menyelesaikan hutang-hukuman atau mana-mana bahagiannya.

(5) Seorang yang telah dipenjarakan di bawah bahagian ini boleh memohon untuk dibebaskan dengan membuktikan bahawa ia telah mematuhi perintah Mahkamah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.