ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IV - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 73. Tebus Talak atau Cerai dengan permintaan isteri.


(1) Seorang isteri bolehlah meminta cerai kepada Kadi mengikut Hukum Syara'.

(2) Apabila permohonan hendak bercerai di bawah seksyen-kecil (1) diterima, maka Kadi hendaklah memanggil si suami itu ke hadapannya dan memeriksanya untuk menentukan sama ada ia izin dengan perceraian itu. Jika suami itu izin, maka hendaklah Kadi, itu selaku Pendaftar hendaklah mendaftarkannya dan mengeluarkan surat keterangan cerai kepada pihak-pihak itu.

(3) Jika suami itu tidak bersetuju dengan perceraian itu dengan cara memberi izin, tetapi pihak-pihak itu bersetuju bercerai dengan tebus talak, setelah jumlah bayaran Tebus Talak, dipersetujui oleh pihak-pihak itu dan apabila dijelaskan bayaran yang ditentukan, maka bolehlah Kadi menyuruh si suami itu melafazkan cerai dengan tebus talak dan kadi itu pun selaku Pendaftar hendaklah mendaftarkan serta mengeluarkan surat-surat keterangan cerai seperti di atas.

(4) Jika suami itu tidak bersetuju dengan tebus talak, maka bolehlah Kadi itu melantik Hakam mengikut seksyen 79.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.