ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XI
Peruntukan-Peruntukan Am Berkenaan dengan Perbicaraan



Seksyen 106. Kes pendakwaan hendaklah diterangkan oleh Mahkamah kepada yang dituduh yang tidak dibela.

(1) Dalam tiap-tiap perbicaraan di hadapan Mahkamah Syariah jika dan apabila Mahkamah memanggil orang yang dituduh untuk membela dirinya Mahkamah hendaklah, jika orang yang dituduh tidak diwakil oleh Peguam Syarie, memberitahunya yang dia sendiri berhak bersumpah dan kesannya atau berhak memberi keterangan untuk membela dirinya dan jika dia memilih untuk memberi keterangan membela dirinya hendaklah diberi ingatan berkenaan dengan perkara-perkara utama di dalam keterangan pendakwaan terhadapnya supaya dia boleh diberi peluang untuk menjelaskannya.

(2) Kegagalan mana-aman orang yang dituduh pada mana-mana perbicaraan untuk memberikan keterangan tidaklah boleh dijadikan suatu bahan teguran untuk memburukkannya oleh pihak pendakwa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.