ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENYIASATAN KESALAHAN
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MENYIASAT



Seksyen 64. Laporan Pegawai Penguatkuasa Agama.

(1) Tiap-tiap penyiasatan di bawah Bab ini hendaklah diselesaikan tanpa kelengahan yang berpatutan, dan sebaik sahaja ia diselesaikan pegawai yang membuat penyiasatan itu hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah daripada jenis yang diarahkan oleh Ketua Pendakwa Syarie sebagai tidak perlu dilaporkan kepadanya, menghantarkan kepada Ketua Pendakwa Syarie suatu laporan yang menyatakan nama pihak-pihak, jenis maklumat, dan nama mana-mana orang yang mengetahui hal keadaan kes itu.

(2) Ketua Pendakwa Syarie boleh pada bila-bila masa melalui perintah secara bertulis mengarahkan bahawa tiada laporan perlu dihantarkan kepadanya dalam kes-kes daripada jenis yang dinyatakan dalam perintah itu, dan boleh pada bila-bila masa mengubah atau membatalkan perintah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.