ENAKMEN 9 TAHUN 1980
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1979

BAHAGIAN III - MAHKAMAH RAYUAN



Sekyen 10. Penubuhan dan Keanggotaan.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh dengan perintah menubuhkan sebuah Mahkamah Rayuan bagi Negeri.

(2) Mahkamah Rayuan hendaklah mengandungi seorang Kadi Besar, tiga orang Timbalan Kadi Besar dan tiga orang lain yang dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahu dalam Warta dari semasa ke semasa yang pada pendapat Baginda layak menduduki di Mahkamah Rayuan.

(3) Suatu persidangan Mahkamah Rayuan hendaklah dibicara dan diputuskan oleh sekurang-kurangnya seorang Kadi Besar yang akan mengetuai persidangan itu, seorang Timbalan Kadi Besar dan seorang lain yang dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan di bawah seksyen kecil (2):

Dengan syarat bahawa dalam ketiadaan Kadi Besar Mahkamah Rayuan hendaklah terdiri daripada dua orang Timbalan Kadi Besar dan seorang lain yang dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan di bawah seksyen kecil (2) dan hendaklah diketuai oleh Timbalan Kadi Besar yang terkanan sekali di antara mereka:

Dengan syarat selanjutnya bahawa jika rayuan itu adalah terhadap keputusan Kadi Besar yang bersidang sebagai Kadi persidangan Mahkamah Rayuan hendaklah diketuai oleh Yang Dipertua Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.