ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 3 - FAKTA YANG TIDAK PERLU DIBUKTIKAN



Seksyen 45. Fakta yang diakui tidak perlu dibuktikan.

(1) Tertakluk kepada subseksyen 17(2), tiada fakta perlu dibuktikan dalam mana-mana prosiding jika pihak-pihak dalam prosiding itu atau ejen-ejen mereka bersetuju untuk mengakunya dalam perbicaraan itu atau jika sebelum perbicaraan itu mereka bersetuju hendak mengaku secara bertulis dengan ditandatangani oleh mereka, atau jika menurut apa-apa kaedah pliding yang berkuatkuasa pada masa itu, mereka disifatkan telah mengakuinya dengan pliding mereka.

(2) Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, menghendaki supaya fakta yang diakui itu dibuktikan dengan selainnya daripada iqrar sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.