ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VII - AM



Seksyen 122. Kelahiran selepas pengakuan bahawa edah telah tamat.

Jika seorang perempuan, yang tidak berkahwin semula, membuat satu pengakuan bahawa tempoh edahnya telah tamat sama ada edah itu adalah oleh sebab kematian atau perceraian dan perempuan itu kemudiannya melahirkan seorang anak, maka suami perempuan itu tidak boleh disifatkan sebagai bapa anak itu melainkan jika anak itu telah dilahirkan kurang daripada empat tahun qamariah dari tarikh perkahwinan itu dibubarkan oleh sebab kematian suaminya itu atau oleh sebab perceraian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.