ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN VI - MASJID DAN TANAH PERKUBURAN



Seksyen 70. Tempoh jawatan Pegawai Masjid.

(1) Tiap-tiap pegawai masjid hendaklah memegang jawatan dengan persetujuan daripada Majlis dan boleh ditamatkan melalui suatu notis daripada Majlis tetapi tiada pegawai masjid boleh terus menjawat jawatan itu apabila telah mencapai umur enam puluh lima tahun, dengan syarat Majlis boleh melanjutkan tempoh jawatan seseorang pegawai masjid yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa.

(2) Adalah menjadi kewajipan Setiausaha untuk membawa kepada pengetahuan Majlis apa-apa kelakuan keji mana-mana pegawai masjid, sama ada berkaitan dengan tugas-tugasnya sebagai yang demikian atau selainnya, dan membuat apa-apa syor yang munasabah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.