ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX - PERTUDUHAN



Seksyen 93. Bila orang boleh dituduh bersama-sama.

Jika lebih daripada seorang dituduh atas kesalahan yang sama atau kesalahan-kesalahan yang berlainan yang dilakukan dalam transaksi yang sama atau apabila seseorang dituduh kerana melakukan suatu kesalahan dan yang lain dituduh bersubahat atau cuba melakukan kesalahan yang sama itu, maka mereka boleh dipertuduhkan dan dibicara bersama-sama atau berasingan sebagaimana difikirkan patut oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.