ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993
BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN
Seksyen 133. Kewajipan mematuhi.
(1) Tiap-tiap orang yang diarahkan oleh mana-mana penghakiman untuk melakukan apa-apa tindakan hendaklah mematuhi tanpa desakan, dan adalah tidak perlu untuk menyampaikan kepadanya hukuman itu atau apa-apa notis mengenainya kecuali seperti diperuntukkan oleh seksyen 129(3).
(2) Penghutang penghakiman hendaklah dari semasa ke semasa memberitahu kepada Mahkamah alamat tempat tinggal yang terakhir.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.