ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXX - WANG, KUMPULAN WANG YANG DILABURKAN DAN HARTA DALAM MAHKAMAH



Seksyen 221. Harta lain.

(1) Semua barang-barang perhiasan, sekuriti dan harta alih (selain daripada wang dan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang dikehendaki bagi maksud pembicaraan) yang diperintah untuk dideposit di dalam Mahkamah hendaklah dideposit di Perbendaharaan Negeri.

(2) Harta yang dideposit dan tidak dituntut selepas sepuluh tahun hendaklah dianggap sebagai kumpulanwang dilaburkan di bawah seksyen 220 dan tertakluk kepada perkara tersebut dijual oleh Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.