ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH
Seksyen 66. Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah.
(1) Maka hendaklah ada suatu Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah bagi membuat kaedah-kaedah tentang tatacara Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah.
(2) Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah hendaklah terdiri daripada
--
(a)
Ketua Hakim Syarie, sebagai pengerusi;
(b)
Penasihat Undang-Undang Negeri atau wakilnya;
(c)
orang yang berikut yang dilantik oleh Ketua Hakim Syarie:
(i) seorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah;
(ii) seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah;
(iii) seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah;
(iv) seorang Peguam Syarie; dan
(v) seorang pegawai undang-undang yang berkhidmat dengan Biro Bantuan Guaman yang ditubuhkan di bawah Akta Bantuan Guaman 1971
[Akta 26]
.
(3) Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah menjadi Setiausaha kepada Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah dan hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan-keputusan Jawatankuasa itu.
(4) Jawatankuasa Kaedah Maklumat Syariah boleh menentukan tatacaranya sendiri.
(5) Semua kaedah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah hendaklah disiarkan dalam
Warta
.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.