ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB X - DARIHAL PEMBICARAAN



Seksyen 102. Kuasa untuk memberi pampasan.


(1) Jikalau dalam mana-mana kes Mahkamah membebaskan orang yang dituduh dan berpendapat bahawa aduan, maklumat atau tuduhan itu adalah sia-sia sahaja hanya untuk menyusahkan orang ia bolehlah atas budibicaranya, sama ada atas permintaan orang yang dituduh itu atau atas kehendaknya sendiri, memerintahkan pengadu atau orang yang membuat aduan atau memberi maklumat itu membayar kepada orang yang dituduh, atau kepada tiap-tiap orang atau mana-mana juga orang yang dituduh sekiranya lebih daripada seorang, wang pampasan yang tidak lebih daripada dua puluh lima ringgit, sebagaimana Mahkamah fikir patut.

Dengan syarat bahawa Mahkamah-



(2) Pada masa memberikan imbuhan dalam sebarangpembicaraan sivil yang berikutnya mengenai perkara yang sama Mahkamah hendaklah megambil pertimbangan banyaknya wang yang dibayar atau yang diperolehi semula sebagai imbuhan di bawah seksyen kecil ini apabila dibuktikan perkara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.