ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan kepada Perkahwinan



Seksyen 18. Tempat perkahwinan.

(1) Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan kecuali dalam kawasan di mana pihak perempuan bermastautin, tetapi Pendaftar atau Hakim Syarie yang memberi kebenaran berkahwin di bawah seksyen 15 atau 16 boleh memberi kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikah di tempat lain, sama ada dalam Sarawak atau dalam mana-mana negeri.

(2) Kebenaran di bawah subseksyen (1) bolehlah dinyatakan dalam kebenaran berkahwin yang diberi di bawah seksyen 15 atau 16.

(3) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), sesuatu perkahwinan itu bolehlah diakadnikahkan dalam kawasan yang lain daripada kawasan di mana pihak perempuan bermastautin jika-






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.