ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN IV - MASJID



Seksyen 86. Daftar pegawai masjid.

Majlis hendaklah mengadakan satu daftar pegawai-pegawai masjid bagi tiap-tiap masjid di dalam Negeri ini dan hendaklah menjadi tanggungjawab setiap pegawai masjid memberitahu dengan segera kepada Majlis jika berlaku kekosongan atau perubahan pada kenyataan-kenyataan berkenaan dengan masjidnya itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.