ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 7 - Saksi



Seksyen 85. Keterangan suami, isteri, ibubapa dan anak sebagai saksi.

(1) Keterangan seorang suami terhadap isterinya dan keterangan isteri terhadap suaminya boleh diterima sebagai syahadah dan baiyyinah.

(2) Keterangan seorang anak terhadap ibubapanya atau keterangan ibubapanya terhadap anaknya boleh diterima sebagai syahadah dan baiyyinah.

(3) Keterangan seorang suami bagi isterinya dan keterangan isteri bagi suaminya tidak boleh diterima sebagai syahadah akan tetapi boleh diterima sebagai baiyyinah.

(4) Keterangan ibubapa bagi anaknya dan keterangan anaknya bagi ibubapanya tidak boleh diterima sebagai syahadah tetapi boleh diterima sebagai baiyyinah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.