ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
KUMPULAN WANG PENTADBIRAN AM DAN KUMPULAN WANG ZAKAT DAN FITRAH



Seksyen 68. Kumpulan Wang Pentadbiran Am dan Kumpulan Wang Zakat dan Fitrah.

(1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan, bagi maksud-maksud Enakmen ini-
(2) Melainkan diperuntukkan sebaliknya dalam Enakmen ini, semua wang dan harta alih dan takalih, termasuk Kumpulan Wang Baitulmal yang terserah kepada Majlis dari semasa ke semasa bagi maksud Enakmen ini, hendaklah menjadi dan termasuk dalam Kumpulan Wang Pentadbiran Am Majlis sebagai amanah bagi tujuan kebajikan untuk membantu dan menegakkan Agama Islam di Negeri ini mengikut Hukum Syarak sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis.

(3) Semua wang atau nilai dari hasil wang zakat dan fitrah hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang Zakat dan Fitrah dan hendaklah tidak boleh dibelanjakan kecuali bagi golongan yang layak menerima zakat dan fitrah sebagaimana yang telah ditetapkan mengikut Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.