ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
WAKAF DAN NAZAR



Seksyen 62. Perletakhakan.

(1) Semua harta, tertakluk kepada peruntukan seksyen 61 hendaklah, jika terletak di dalam Negeri Kelantan dan dalam perkara harta takalih, selepas pendaftaran di bawah Kanun Tanah Negara, terletakhak kepada Majlis tanpa apa-apa pemindahhakan atau penyerahhakan atau pemindahan apa jua untuk tujuan amanah, wakaf atau nazar am

(2) Majlis hendaklah mengambil segala langkah yang perlu untuk meletakhak kepada Majlis mana-mana harta di bawah subseksyen (1) yang terletak di luar Negeri ini.

(3) Majlis hendaklah menyediakan satu daftar mengenai wakaf, nazar dan wasiat yang di bawah kelolaannya.

(4) Majlis hendaklah mempunyai kuasa memegang, mentadbir, menukar, memajak, membuat pawahan, melabur wang atau harta-harta wakaf am alih atau takalih bagi maksud memaju dan mengembangkan pendapatan harta-harta itu setakat mana yang dibenarkan oleh Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.