ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXIII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN MENGENAI BON



Seksyen 183. Deposit selain daripada bon.


Apabila seseorang itu dikehendaki oleh mana-mana Mahkamah atau pegawai untuk menyempurnakan sesuatu bon, sama ada dengan penjamin atau tidak. Mahkamah atau pegawai tersebut boleh, kecuali apabila bon itu disempurnakan untuk berkelakuan baik, membenarkan dia memberi wang deposit mengikut kadar yang ditetapkan oleh Mahkamah sebagai mengganti menyempurnakan bon tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.