ORDINAN 46 TAHUN 2001
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2001

BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI



Seksyen 37. Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam.

Mana-mana orang yang menjual, memberi atau menyerahkan anaknya atau kanak-kanak di bawah peliharaannya kepada mana-mana orang yang bukan beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya sesuai berkenaan dengan anak atau kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.