ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 5
Anggapan tentang dokumen



Seksyen 67. Anggapan mengenai surat kuasa wakil.

Mahkamah hendaklah menganggap bahawa tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai surat kuasa wakil, dan sebagai telah disempurnakan di hadapan serta disahkan oleh Hakim Mahkamah Syariah, Pesuruhjaya Sumpah, atau mana-mana Mahkamah, Hakim, Majistret atau pegawai Konsul Malaysia di luar Negara, telah disempurnakan serta disahkan dengan demikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.