ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Perintah supaya Hidup Bersama Semula



Seksyen 123. Wasiat harta kepada anak angkat.

(1) Tiap-tiap orang yang mengangkat anak angkat yang diakui oleh masyarakat setempat bahawa anak itu diangkat sejak kecil bolehlah membuat perjanjian atau pengakuan dalam borang yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam.

(2) Jika orang yang mengangkat anak itu tiada mempunyai mana-mana waris, maka anak angkat itu dengan kehendak seksyen ini mendapat tidak lebih daripada satu pertiga (1/3) daripada hartanya sebagai wasiat daripadanya.

(3) Jika orang yang mengangkat anak itu ada mempunyai waris, maka anak angkat itu tidak boleh mendapat bahagian lebih daripada bahagian yang paling kecil yang didapati oleh
ashabul-furud kecuali zaujah sebagai wasiat daripadanya.

(4) Anak angkat hanya mendapat bahagian tidak lebih daripada pembahagian dalam subseksyen (2) dan (3) daripada harta ibu bapa angkatnya walau berbilang-bilangan anak angkat itu sekalipun.

(5) Jika anak yang diangkatnya itu daripada warisnya sendiri serta layak mewarisi, maka dia tidaklah tertakluk di bawah subseksyen (1) dan (3).





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.