ENAKMEN 4 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR 1984

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 27. Melaporkan perkahwinan yang tak sah atau tak legal.

Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap orang untuk melaporkan kepada Pendaftar tentang hal keadaan sesuatu kes dalam mana ia berpendapat bahawa sesuatu perkahwinan adalah tak sah atau bahawa sesuatu perkahwinan yang kena didaftarkan telah diakadnikahkan bersalahan dengan Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.