ENAKMEN 4 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR 1984
BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN
Seksyen 45. Takat kuasa untuk membuat sesuatu perintah.
Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata, tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini membolehkan Mahkamah membuat sesuatu perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian atau membenarkan seseorang suami melafazkan talaq kecuali-
(a)
jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini;
(b)
jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut Hukum Syara'; dan
(c)
jika pemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan itu pada masa permohonan itu diserahkan adalah dalam Negeri Selangor.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.