ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN V - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 128. Fasakh atas 'aib Syar'i.

(1) Seorang suami atau seorang isteri boleh menuntut fasakh kepada Mahkamah apabila mendapati salah seorang daripadanya mempunyai 'aib Syar'i mengikut Hukum Syarak yang tidak diharapkan sembuhnya atau melalui masa yang panjang akan sembuhnya, samada 'aib Syar'i yang seumpama itu diketahui atau tiada diketahui oleh mana-mana pihak sebelum atau selepas berkahwin.

(2) Apabila dijatuhkan hukuman sabit fasakh, Mahkamah hendaklah mendaftarkan fasakh itu sebagai perceraian mengikut Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.