ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
Bab XVII - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN



Seksyen 142. Kebenaran khas untuk merayu di dalam kes-kes yang tertentu.

Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Kadi Besar bolehlah atas permohonan mana-mana orang yang ingin merayu yang dihalangi daripada berbuat demikian atas alasan dia tidak menurut mana-mana peraturan atau mana-mana keperluan Enakmen ini, memberi kebenaran khas untuk merayu dengan syarat-syarat yang ditetapkan dan dengan memberi arahan-arahan kepada Kadi dan kepada pihak-pihak yang Mahkamah Rayuan memandang perlu, supaya keadilan yang sepenuhnya dapat dilaksanakan dalam perkara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.