ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XIX - DARIHAL PENYEMAKAN



Seksyen 167. Kuasa mengenai penyemakan.

(1) Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, dalam mana-mana kes di mana rekod prosiding telah dipanggil olehnya, atau dirujuk kepadanya atau yang selainnya telah sampai kepada pengetahuannya, menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan oleh seksyen 138, 142, 143 dan 144 Kanun ini.

(2) Tiada perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat dengan memudaratkan tertuduh itu melainkan jika dia diberi peluang untuk didengar, sama ada dengan sendirinya atau melalui peguam syarienya dalam pembelaan dirinya.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan memberikuasa kepada Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah untuk menukar sesuatu pembebasan kepada sabitan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.