ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Pernyataan Yang Dibuat Di Bawah Hal Keadaan Khas



Seksyen 26. Pernyataan tentang mana-mana undang-undang yang terkandung dalam buku undang-undang ialah qarinah.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang undang-undang mana-mana negara apa-apa pernyataan mengenai undang-undang itu yang terkandung dalam sesuatu buku yang berupa sebagai dicetak atau diterbitkan dengan kuasa Kerajaan negara itu, dan mengandungi mana-mana undang-undang sedemikian, dan apa-apa laporan mengenai sesuatu keputusan mahkamah negara itu yang terkandung di dalam buku yang berupa sebagai laporan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.