ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 106. Penyingkiran keterangan bagi menyangkal jawapan-jawapan kepada soalan-soalan yang menguji kebenaran.

Apabila seseorang saksi telah ditanya dan telah menjawab sesuatu soalan yang relevan dengan siasatan itu hanya setakat yang boleh melemahkan kebolehpercayaannya dengan mencela wataknya, tiada keterangan boleh diberi bagi menyangkalnya; tetapi jika dia memberi jawapan palsu, maka dia boleh kemudiannya dipertuduhkan kerana memberikan keterangan palsu.

Kecualian 1- Jika seorang saksi ditanya sama ada dia dahulunya telah disabit atas apa-apa jenayah dan dia menafikannya, maka keterangan boleh diberikan mengenai sabitannya yang dahulu itu.

Kecualian 2-Jika seorang saksi ditanya apa-apa soalan yang boleh mencabar kesaksamaannya dan dia menjawab dengan menafikan fakta-fakta yang disarankan itu, maka dia bolehlah disangkal.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.