ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 34. Alamat penyampaian.

Tiap-tiap plaintif, dan tiap-tiap orang yang memfailkan mana-mana dokumen di dalam mana-mana prosiding (selain daripada mana-mana pegawai Mahkamah) dan mana-mana orang lain yang diperintahkan oleh Mahkamah untuk berbuat demikian hendaklah memberi alamat penyampaian dalam Selangor:

Dengan syarat bahawa jika mana-mana plaintif atau orang diwakili oleh Peguam
Syarienya alamat Peguam Syarie hendaklah menjadi alamat penyampaian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.