ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001
BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN
Seksyen 71. Hak tempat tinggal.
(1) Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuknya.
(2) Hak tempat tinggal yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) hendaklah terhenti-
(a)
jika tempoh
iddah
telah tamat; atau
(b)
jika tempoh penjagaan anak telah tamat; atau
(c)
jika perempuan itu telah berkahwin semula; atau
(d)
jika perempuan itu telah melakukan perbuatan yang memberahikan secara terbuka
(fahisyah),
dan sesudah itu suami boleh memohon kepada Mahkamah supaya rumah itu dikembalikan kepadanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.