ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 172. Enggan memberi tafsiran pendapatan.


Sesiapa yang dikehendaki memberi penyata atau taksiran pendapatannya berhubung dengan Zakat dan Fitrah dalam tempoh yang ditentukan dengan sengaja telah enggan atau cuba mengelakkan diri daripada berbuat demikian itu dengan tiada sebab-sebab yang manasabah ataupun memberi penyata atau taksiran yang palsu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.