ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PENYELIA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
Bab VI



Seksyen 57. Kuasa menghendaki kehadiran saksi-saksi.

(1) Seseorang Penyelia Agama yang membuat penyiasatan di bawah Bab ini boleh dengan perintah bertulis menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang berada dalam kawasan jajahan di mana dia membuat sesuatu penyiasatan daripada maklumat yang diberi atau dengan jalan lain yang ternyata mengetahui akan keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah dengan yang demikian hadir sebagaimana dikehendaki:

Dengan syarat bahawa tidaklah boleh seseorang itu dikehendaki di bawah seksyen ini membuat perjalanan lebih daripada tujuh batu dari tempat kediamannya yang biasa tidak termasuk apa-apa bahagian perjalanan yang boleh dibuat dengan keretapi atau motokar atau kenderaan lain.

(2) Jika mana-mana orang yang tersebut enggan hadir sebagaimana dikehendaki demikian itu Penyelia Agama itu boleh melaporkan keengganan itu kepada seorang Kadi dan kemudiannya Kadi itu boleh menurut budibicaranya mengeluarkan sesuatu waran untuk menjamin kehadiran orang itu sebagaimana dikehendaki oleh perintah yang tersebut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.